NEW YORK: Coco Gauff meneruskan rentak kemenangannya di Terbuka AS pada hari Selasa, menewaskan Jelena Ostapenko dalam straight set.
Pemain nombor enam dunia itu tidak tewas sebarang permainan pada set pembukaan sebelum melengkapkan kemenangan meyakinkan 6-0 6-2 untuk menempah tempat separuh akhir pertamanya di Terbuka AS.
Dengan banyak pilihan utama dalam undian wanita telah tersingkir, Gauff kekal sebagai salah seorang daripada beberapa pemian pilihan yang masih berbaki.
Gauff, 19, kini akan menentang sama ada Sorana Cîrstea atau naib juara Terbuka Perancis tahun ini Karolína Muchová di pusingan seterusnya.
“Saya sangat gembira,” kata Gauff dalam wawancara di gelanggang selepas kemenangan itu.
“Tahun lalu saya tewas di suku akhir. Saya gembira dan bersedia untuk kembali bekerja pada yang seterusnya.”
Pemain Amerika itu berdepan cabaran sukar menentang Ostapenko yang bangkit semula selepas pemain Latvia itu menewaskan juara bertahan Iga Świątek pada pusingan sebelumnya. – AFP