Syihan akhirnya bakal diuji

Syihan akhirnya bakal diuji

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (tengah) dijangka terus mendapatb kepercayaan Kim Pan Gon dalam kempen Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir tidak teruji dalam liga domestik dan hanya bolos tujuh kali, penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bakal berdepan ujian sebenar pada dua aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, malah dijangka menjadi pemain ‘pa­ling sibuk’.

Dibantu pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kebal, pemain berusia 27 tahun itu jarang berdepan ujian sebenar dalam Liga Malaysia (Liga M), dan perlawanan paling sukar pernah diharungi musim ini mungkin ketika melepaskan tiga gol pada pertemuan menentang Kedah yang berakhir 3-3, minggu lalu.

Bagaimanapun, dia akan ber­depan situasi berbeza apabila menyarung jersi Harimau Malaya kerana Malaysia, yang meng­huni ranking ke-136 ­dunia bakal diuji pasukan No. 94 ­dunia, Syria, Rabu depan, diikuti China (80), tiga hari kemudian.

“Kita berpeluang menguji pasukan ranking lebih tinggi, jadi kita perlu ambil apa yang boleh dipelajari untuk diperbaiki pada masa akan datang.

“Jurulatih Kim Pan Gon telah memilih kami untuk tugasan antarabangsa. Kami akan fokus 100 peratus dan memberikan komitmen penuh kami.

“Saya percaya ia bukan satu masalah, jadi doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Selain Syihan, Harimau Malaya turut membawa dua lagi penjaga gawang, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah) dan Mohd. Azri Ghani (Kuala Lumpur City).

Selepas melengkapkan perlawanan persahabatan, Malaysia akan bermain dalam Pestabola Merdeka dari 13 hingga 17 Oktober yang menampilkan Palestin, India dan Tajikistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN