Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni beraksi di Hangzhou

Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni beraksi di Hangzhou

SHAH Firdaus Sahrom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui, dia berharap Datuk Azizulhasni Awang dapat beraksi dalam Sukan Asia Hangzhou, namun usahanya untuk memujuk jaguh berbasikal trek negara itu gagal.

Rabu lalu, bekas juara keirin dunia, Azizulhasni menarik diri daripada temasya Hangzhou akibat kecederaan yang dialami ketika sesi latihan di Nilai minggu lalu.

Dengan ketiadaan pemenang dua pingat Olimpik itu, Shah Firdaus menjadi harapan untuk membawa pulang pingat dalam saingan keirin dan pecut.

Tempat Azizulhasni, yang merupakan pemenang pingat emas acara pecut pada Sukan Asia 2018 akan diambil oleh Fadhil Zonis (keirin) dan Ridhuan Saharom (pecut individu).

AZIZULHASNI Awang terpaksa melupakan Sukan Asia akibat kecederaan.

“Saya berharap dia cepat pulih. Beberapa hari selepas kemalangan, kami turun berlatih. Walaupun dia boleh kayuh seperti biasa namun dia tak berdaya memberi tekanan. Saya memang cuba pujuk tetapi dia kata tak boleh sebab sakit.

“Saya sangat sedih dan terkilan sebab kami dah ada perancangan berlumba bersama di Hangzhou.

“Bagaimanapun, Azizulhasni sedih memandangkan edisi di Hangzhou sepatutnya menjadi Sukan Asia terakhir baginya namun saya akhirnya faham kesihatan beliau lagi penting,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam sebelum berlepas ke Hangzhou.

Shah Firdaus, pemenang gangsa acara keirin Sukan Komanwel 2022, mengakui segala perancangannya untuk beraksi bersama Azizulhasni atau lebih dikenali ‘The Pocket Rocketman’ dalam acara tersebut terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya