Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA

Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA

WAJAH Miche Minnies seiras legenda Brazil, Ronaldinho.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain wanita Miche Minnies yang memiliki rupa paras mirip legenda Brazil, Ronaldinho diminta oleh peminatnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Minnies, 21, merupakan penyerang kelab Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns.

Dia menjadi tular di media sosial selepas para penyokong melihat dirinya seperti bayangan kepada bekas pemenang Ballon d’Or itu.

Gambar Minnies beraksi ­disiarkan bersama foto Ro­naldinho dan persamaan tersebut menjadi lebih ketara jika kedua-duanya memakai jersi kuning.

“Ronaldinho mesti menjelaskan mengapa dia mempu­nyai penampilan yang amat seiras Miche Minnies yang bermain untuk Mamelodi Sundowns Ladies di Afrika Selatan!” kata seorang pengguna media sosial.

“Ini ialah Miche Minnies, pemain sayap Afrika Selatan yang bermain untuk Mamelodi Sundowns. Ronaldinho perlu menjelaskan sesuatu kepada kami,” ujar yang lain.

Minnies merupakan pemain yang berbakat dan telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk membantu Sundowns mengekalkan kejua­raan Liga Super negara itu.

Dia turut membawa pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir kelayakan Piala COSAFA dan Liga Juara-Juara Wanita CAF. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya