PSM tidak tahu rasional sistem 15 mata dikembalikan

PSM tidak tahu rasional sistem 15 mata dikembalikan

SEPAK takraw akan kembali menggunakan sistem 15 mata bermula Februari tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) melahirkan rasa terkejut terhadap keputusan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang menukar sistem kiraan 21 mata kembali kepada 15 mata.

Presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, beliau tidak tahu menahu tentang keputusan ISTAF tersebut dan hanya menyedari mengenai pertukaran sistem mata itu melalui media.

“Saya hanya dapat makluman melalui media tentang perubahan sistem kiraan 15 mata.

“Saya juga terkejut dan tidak pasti apa rasionalnya,” katanya kepada Mingguan ­Malaysia semalam.

Mohd. Sumali Reduan

Menerusi kenyataan ­akhbar yang dikeluarkan ISTAF kelmarin, sepak takraw akan kembali menggunakan sistem 15 mata setiap set selepas perkara itu diluluskan oleh badan induk antarabangsa tersebut.

Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, penggunaan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya akan berkuat kuasa pada 2 Februari tahun depan.

Menurut Sumali, pada tahun 2011 sistem 15 mata mula diguna pakai, namun dua tahun selepas itu ISTAF memutuskan untuk kembali menggunakan sistem 21 mata.

“Cuma Malaysia sebagai antara kuasa besar sepak takraw dan ramai peminat sepak takraw di Malaysia, seharusnya kita diminta memberikan pandangan.

“Soal setuju atau tidak pandangan kita, itu soal lain. Setidak-tidaknya kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan,” tegas Sumali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya