Pemain wanita Sepanyol kekal boikot panggilan skuad kebangsaan

Pemain wanita Sepanyol kekal boikot panggilan skuad kebangsaan

Sepanyol memahat sejarah merangkul Piala Dunia Wanita bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pemain yang membawa Sepanyol merangkul Piala Dunia Wanita bulan lalu akan terus memboikot pasukan kebangsaan walaupun 15 daripada mereka menerima panggilan.

Ketua jurulatih baharu, Montse Tome menamakan skuad pertamanya semalam menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Sweden dan Switzerland.

Begitupun, kesatuan pemain bola sepak wanita, Futpro dalam satu kenyataan mengulangi, pemain tidak mahu beraksi untuk negara dan berkata, mereka akan ‘mengkaji kemungkinan akibat undang-undang’ selepas dipanggil bertentangan dengan kehendak mereka.

“Kami kesal kerana persekutuan kami sekali lagi telah meletakkan kami dalam situasi yang kami tidak pernah inginkan,” kata kenyataan Futpro.

Situasi menjadi panas selepas bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales mencium Jenni Hermoso semasa penyampaian trofi final Piala Dunia.

Tindakan tanpa persetujuan itu telah mencetus kemarahan dan menyebabkan Rubiales meletak jawatan, ketua jurulatih Jorge Vilda dipecat dan berpuluh-puluh pemain melancarkan mogok.

Bintang Barcelona dan pemenang dua anugerah Ballon d’Or, Alexia Putellas turut berkongsi kenyataan selepas dipanggil oleh Tome, yang mengetepikan Hermoso.

“Kami percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk melindunginya (Hermoso) tetapi kami bergantung pada Jenni,” kata Tome. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya