LONDON: Harry Kane mengakui, Manchester United sedang berdepan detik sukar, namun mereka tetap ancaman besar Bayern Munich apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara esok.
Red Devils bertandang ke Jerman dengan mengalami kekalahan ketiga musim ini, dimalukan 1-3 oleh Brighton di laman sendiri, Sabtu lalu.
Bayern sebaliknya menerima kunjungan anak-anak buah Erik ten Hag bersama motivasi kerana memiliki Kane, pemain yang pernah menjadi rebutan United.
Gergasi Bundesliga itu juga memenangi tiga daripada empat perlawanan domestik musim ini dan seri sekali.
“Saya tahu Manchester United sedang berdepan saat sukar tapi kadangkala pasukan seperti itu berbahaya kerana mereka sentiasa mencari jalan untuk kembali dengan cara yang hebat.
“Jadi kami perlu bersedia dan cuba mendapatkan gol awal di depan penonton sendiri.
“Kami akan mengharungi permainan dengan intensiti tinggi,” kata penyerang Bayern itu kepada Sports Illustrated.
Sementara itu, Ten Hag menafikan pasukannya berdepan krisis dalaman, namun mengakui ada memperbaiki beberapa faktor perlu diperbaiki menjelang pertemuan menentang Bayern.
Fokus pertamanya adalah bagaimana hendak mengembalikan sentuhan berbisa Marcus Rashford yang meledak 30 gol dan 11 umpanan, musim lalu.
Rashford bermain di posisi serangan tengah yang kurang diminati dalam kebanyakan perlawanan setakat ini.
Seorang lagi bintang Red Devils yang gagal menyamai prestasi musim lalu adalah pemain tengah, Casemiro.
Dia memainkan peranan besar musim lalu, namun bukan lagi sosok yang mendominasi bahagian tengah United.
Satu lagi punca kejatuhan Red Devils ialah benteng rapuh, di mana mereka sudah dibolisi 10 kali.
Kemasukan penjaga gol, Andre Onana masih tidak mampu menyelesaikan masalah itu.
Hanya dua pasukan, Wolverhampton dan Burnley mempunyai pertahanan lebih teruk daripada pasukan Ten Hag, dan kemasukan penjaga gol, Andre Onana masih tidak mampu menyelesaikan masalah itu. – AGENSI