Lelaki maut, Myvi rempuh lori di Tunjong

Lelaki maut, Myvi rempuh lori di Tunjong

KEADAAN kereta dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori di kawasan berhampiran stesen minyak Petron di Tunjong, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori jenis Hicom yang sedang berhenti untuk membelok ke kanan.

Akibat pelanggaran kuat itu, mangsa yang berusian 40-an mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.40 malam.

Turut berada dalam kenderaan berkenaan ialah seorang penumpang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Hicom yang dipandu lelaki berusia 30-an itu sedang dalam perjalanan dari Tunjong menghala ke Salor.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan berhenti di lorong kanan untuk membelok ke kanan sebelum kenderaannya dirempuh dari belakang oleh sebuah Myvi yang datang dari arah sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN