Liverpool tanpa trio Amerika Selatan

Liverpool tanpa trio Amerika Selatan

PEMAIN Liverpool menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton hari ini. – IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool yang bertandang ke Wolverhampton hari ini untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris sedikit gelisah apabila dijangka tampil tanpa tiga tonggak dari Amerika Selatan.

Bintang tengah, Alexis Mac Allister (Argentina), penyerang, Darwin Nunez (Uruguay) dan penjaga gol, Alisson (Brazil) terpaksa mengharungi perjalanan jauh untuk pulang ke England selepas mengharungi kelayakan Piala Dunia 2026 bersama negara masing-masing.

Sedikit melegakan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, Allison tidak diturunkan dalam kedua-dua perlawanan Brazil selepas negara itu lebih gemar memilih Ederson dari Manchester City.

Selain berdepan isu kecergasan trio Amerika Selatan, harapan Klopp untuk menurunkan bek kanan, Trent Alex­ander-Arnold mungkin tipis selepas dia masih dibelenggu masalah hamstring.

WATARU Endo (tengah) berpeluang mengisi kesebelasan utama.

Tanpa Alexander-Arnold, Joe Gomez dijangka mengisi posisi tersebut.

Ibrahima Konate pula bersedia bermain di bahagian pertahanan tengah, di mana dia akan berganding dengan Joel Matip ekoran ketiadaan

Virgil van Dijk yang digantung, manakala Andy Robertson beraksi di bek kiri.

Di bahagian tengah, Mac ­Allister mungkin akan bermula di bangku simpanan walaupun dia menerima pujian yang hebat semasa beraksi dengan Argentina dalam rehat antarabangsa baru-baru ini.

Kekosongan itu membuka peluang kepada Wataru Endo, di mana permainannya bersama Jepun dalam rehat antarabangsa di Eropah menunjukkan prestasi menakjubkan.

Bagi Dominik Szoboszlai dan Curtis Jones pula, mereka sepatutnya bersedia untuk ­digandingkan selepas mempamer persembahan mengagumkan ketika menentang Aston Villa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN