Kesilapan kecil boleh leburkan harapan pingat

Kesilapan kecil boleh leburkan harapan pingat

ATLET wushu negara, Wong Weng Son yang kini berusia 32 tahun akan bersara tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas juara wu­syu dunia, Wong Weng Son sudah melakukan semua persiapan terbaik untuk menyahut cabaran menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Asia hari ini.

Begitupun, perkara paling membimbangkan atlet berusia 31 tahun itu adalah kemungkinan yang boleh berlaku pada hari pertandingan kerana sedikit kesilapan mampu menghukum persiapan berbulan-bulan.

Kata Weng Son, apa yang ber­laku dalam penampilan ter­ak­hirnya di temasya Jakarta-Palembang 2018 menjadi pengajaran apabila dia menamatkan saingan changquan di tangga kesembilan.

“Dalam wusyu, persedia­an sahaja tidak mencukupi. Anda melakukan yang terbaik tetapi kesilapan kecil pada hari pertandingan menyebabkan anda terpaksa membayar harga mahal.

“Di Indonesia lima tahun lalu, saya berada dalam keadaan baik tetapi pada hari pertandi­ngan, berlaku kesilapan dalam rutin. Sekarang, selepas sebulan membuat persiapan di China (Tianjin), saya rasa dalam keada­an baik.

“Jika saya melakukan yang terbaik, dengan kesilapan minimum, saya yakin untuk mera­ih pingat,” kata atlet kelahiran ­Seremban itu.

Kata Weng Son, turun sebagai prospek untuk menyumbang pingat pertama kontinjen negara menjadi motivasinya apabila membuat persembahan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali hari ini.

Weng Son yang pernah mera­ih tiga emas dalam Kejohanan Dunia (jianshu 2016, 2018 dan qiangshu 2018) juga lega masalah pernafasan yang dialami sebelum ini sudah pulih.

Pada Sukan SEA di Kemboja, Mei lalu, Weng Son menjadi sandaran emas negara tetapi berdepan masalah kesihatan kesan pengambilan ubat Covid-19 hingga menyebabkan dia sekadar meraih gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya