Josue ‘redah’ main apa juga posisi

Josue ‘redah’ main apa juga posisi

PAULO Josue (tengah) mahu mencipta impak buat Harimau Malaya tidak kisah di posisi mana dia diturunkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue tidak kisah di posisi mana akan diletakkan asalkan dia dapat membantu skuad kebangsaan mencatat kemenangan.

Pemain kelahiran Brazil itu bertindak sebagai penyerang dan meledak hatrik untuk membantu Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan 20 Jun lalu.

Dia juga meledak gol pertamanya bersama skuad negara ketika menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada 14 Jun.

Josue, 34, mendapat panggilan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang Syria dan

China di Chengdu, minggu depan, dan dia bersedia memainkan peranan besar sekali lagi.

“Saya ingin menjaringkan beberapa gol lagi jika bermain (di Chengdu) dan saya boleh bermain di mana-mana posisi asalkan ia dapat membantu pasukan,” kata Josue.

Sementara itu, kapten Kuala Lumpur City (KL City) tersebut turut menyeru rakan-rakan sepasukan agar tidak merendah diri apabila berdepan Syria dan China biarpun kedua-dua negara mempunyai ranking lebih tinggi.

Dia tidak melihat ranking akan menjadi penghalang untuk Harimau Malaya memperoleh kemenangan dan bersedia membantu pasukan melakar kejutan.

“Ini adalah bola sepak, kadang-kala pasukan dari ranking rendah mampu menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi.

 

“Saya rasa kami sudah bersedia termasuk barisan kejurulatihan yang bersedia untuk berdepan cabaran, jadi kami menjangkakan ia akan menjadi perlawanan yang menarik,” katanya.

Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-136 dunia akan berdepan pasukan No. 94 dunia, Syria, Rabu depan, diikuti China (80), tiga hari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN