Jais tidak bawa ‘kroni’ ke Hangzhou

Jais tidak bawa ‘kroni’ ke Hangzhou

MALAYSIA turun ke Sukan Asia di Hangzhou dengan misi mempertahankan pingat emas antara regu yang dimenangi di Palembang 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menyangkal tuduhan segelintir pihak bahawa beliau bersikap pilih kasih ketika menamakan 12 pemain yang akan menggalas cabaran dalam Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September ini.

Segelintir peminat tempatan meluahkan rasa skeptikal dengan barisan pemain kali ini tatkala Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) melaungkan keyakinan untuk menjinakkan seteru utama, Thailand dalam usaha bawa pulang satu emas.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila apit kiri, Muqlis Borhan meluahkan kekecewaan di media sosial kelmarin selepas tidak terpilih menyarung jersi Malaysia bersama dua lagi pemain yang digugurkan, perejam, Shaharil Aiman dan tekong, Meor Zulfikar Mat Amin.

Begitupun, Jais tampil menjelaskan pemilihan dibuat berdasarkan prestasi semua 15 pelatih yang dibawa ke kem fasa akhir di Ratchaburi, Thailand bulan lalu, di mana mereka diberi peluang mengharungi tiga perlawanan ujian serta satu kejohanan Piala Pattaya.

MUQLIS BORHAN

“Daripada situ kita menilai pres­tasi semua pemain. Daripada aspek pemilihan, 50 peratus untuk aspek prestasi, 20 peratus tahap kecergasan dan bakinya diukur dari segi komitmen dan sebagainya.

“Pemarkahan 12 pemain yang kita pilih adalah yang tertinggi sepanjang mereka berada di sana (Ratchaburi), mereka telah menunjukkan prestasi yang konsisten dan tahap kecergasan yang lebih baik, jadi bagi saya dan barisan kejurulatihan telah sepakat memilih mereka untuk membawa cabaran negara di Sukan Asia.

“Bagi saya ini bukan regu kroni kerana kita pilih yang terbaik dalam kalangan 15 pemain,” jelas Jais.

Antara perbezaan skuad Sukan SEA Kemboja Mei lalu dengan barisan ke Hangzhou hujung bulan ini adalah kembalinya apit kanan, Muhammad Zaim Razali dan Farhan Adam serta tekong muda, Muhammad Zarif Marican.

Skuad sepak takraw negara hanya akan mengambil bahagian dalam dua acara iaitu regu yang menyaksikan Malaysia berhadapan dengan ­Singapura dan Vietnam dalam Kumpulan A.

Dalam acara ­ber­pa­su­kan pula, pasukan ne­gara diundi bersama Indonesia dan Korea Selatan dalam Kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya