Ibu masuk hospital punca Rubiales letak jawatan

Ibu masuk hospital punca Rubiales letak jawatan

LUIS RUBIALES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Luis Rubiales mendedahkan, dia meletak jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) kerana takut melihat keadaan ibunya, Angeles Bejar yang dimasukkan ke hospital gara-gara mengadakan mogok lapar dalam sebuah gereja.

Rubiales membuat pendedahan tersebut dalam temu bual bersama Piers Morgan di TalkTV ketika menjelaskan mengapa dia mengambil masa agak lama untuk berundur biarpun menerima kritikan hebat sejak insiden mencium bintang Sepanyol, Jenni Hermoso dalam upacara pe­nyampaian hadiah Piala Dunia Wanita, ­20 Ogos lalu.

Bejar berlindung di dalam gereja dan berikrar untuk tidak pergi atau makan sehingga ‘keadilan’ dilakukan untuk anaknya yang menerima kecaman dari seluruh dunia.

Selepas dua hari Bejar dimasukkan ke hospital, seorang paderi tempatan berkata, dia telah bergelut dengan panas dan kakinya telah menjadi bengkak, letih dan cemas.

Bejar sudah dibenarkan ke­luar dari hospital selepas memberi respons baik kepada rawatan, tetapi Rubiales telah mengakui dia bimbang tentang tahap kesihatan ibunya.

LUIS Rubiales mendukung pemain wanita Sepanyol, Athenea del Castillo ketika meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara Piala Dunia wanita di Sydney, Australia, 20 Ogos lalu. – AFP

“Saya sangat takut melihat keadaannya. Pada satu ketika buku lalinya telah membengkak sepenuhnya. Dia menghidap hipertensi,” kata Rubiales.

Semasa mogok lapar, ibu Rubiales memberitahu ste­sen TV Sepanyol bahawa dia sanggup mati untuk keadilan anaknya sambil menegaskan Rubiales seorang yang baik dan apa yang dialami tidak adil.

Dalam pada itu, Rubiales berkata, keputusannya untuk berundur daripada RFEF dibuat kerana tekanan yang diberikan terhadap keluarganya.

“Saya sangat bertuah. Saya mempunyai tiga anak perempuan yang cantik, matang, ya, tetapi sensitif. Saya rasa mereka lebih menderita untuk saya, untuk ibu bapa saya, daripada untuk diri mereka sendiri. Mereka mempunyai kawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya