Hujan lebat, India kecewakan Malaysia

Hujan lebat, India kecewakan Malaysia

PEMAIN Malaysia gagal ke separuh akhir Sukan Asia selepas tewas kepada India pada separuh akhir semalam. – IHSAN MCA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kriket wanita negara terpaksa akur dengan keputusan mengecewakan dalam suku akhir menentang India semalam apabila bukan saja tewas, bahkan perlawanan terpaksa dihentikan kerana hujan lebat.

Biarpun perlawanan tidak dapat diteruskan, India ­disahkan sebagai pemenang dan mara ke separuh akhir kriket wanita Sukan Asia ­kerana sudah mendahului jauh 173 larian, 15 overs.

Pengurus pasukan, V. Vijayalingam berkata, meskipun mereka sudah bersedia de­ngan kemungkinan besar tewas kepada pasukan gergasi tersebut, namun pemain bersedih kerana tidak dapat menamatkan perlawanan bagi mencabar juara tujuh kali Asia itu.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan skuad, Vijayalingam menegaskan penyertaan kali ketiga dalam temasya empat ta

hun sekali itu menunjukkan peningkatan mendadak apabila Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong dan Indonesia dengan keputusan memuaskan.

“Secara keseluruhan, saya lihat skuad negara dapat pe­ngalaman luar biasa. Bila ­tengok Indonesia menang ke atas Mongolia, saya tahu temasya kali ini hebat.

“Kita pun bukan selalu dapat bermain dengan pasukan gergasi lain. Dari pusingan awal sampai suku akhir, saya tengok tahap permainan semuanya berintensiti tinggi.

“Kita main dengan Hong Kong pun bukan mudah, mereka bersaing sengit. Tahap permainan di sini sukar, pasukan lain termasuk Indonesia, mereka sekarang lebih baik.

“Bagi saya, pendedahan sepanjang tahun ini seperti di Sukan SEA (Mei), Siri 5 Perlawanan (Jun), ICC T20 kelayakan ke Piala Dunia bagi wilayah Asia (Julai) dan tiga aksi persahabatan dengan Hong Kong dimanfaatkan pemain dalam Sukan Asia.

“Mereka sudah menjangkakan (kekalahan kepada India), sedia terima apa keputusan cuma sedih sebab tak dapat habiskan perlawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya