Giliran Syafiq-Tze Liang hadiahkan gangsa untuk Malaysia

Giliran Syafiq-Tze Liang hadiahkan gangsa untuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang menghadiahkan pingat gangsa kedua buat Malaysia dalam saingan terjun Sukan Asia di Hangzhou, hari ini.

Syafiq-Tze Liang meraih gangsa acara 3 meter (m) papan ajal seirama lelaki selepas mengumpul 380.22 mata daripada enam terjunan.

Seperti dijangka, emas miliki pasangan tuan rumah, Yan Siyu-He Chao yang unggul dengan 422.55 mata.

Pingat perak pula menjadi milik Yi Jaegyeong-Woo Haram dari Korea Selatan yang mengumpul 393.00 mata.

Terdahulu, gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan gangsa dalam 10m platform seirama wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya