Fernandes bantu Portugal belasah Luxembourg 9-0

Fernandes bantu Portugal belasah Luxembourg 9-0

PORTUGAL mencipta rekod membelasah Luxembourg dalam aksi kelayakan Euro 2024 hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Bruno Fernandes menjadi tumpuan ketika Portugal mencatat rekod kemenangan 9-0 ke atas Luxembourg awal pagi tadi, tanpa kehadiran penjaring terbanyak sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo yang digantung perlawanan.

Skuad bimbingan Roberto Martinez kini memenangi semua enam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 dengan menyumbat 24 gol tanpa bolos, dan ia kemenangan terbesar pernah direkodkan negara itu.

Portugal mengungguli Kumpulan J dengan  lima mata mengatasi Slovakia di tempat kedua, selepas menewaskan pasukan itu di Bratislava, Jumaat lalu.

Luxembourg pula di tempat ketiga dan ketinggalan tiga mata di belakang Slovakia.

Perancang utama Manchester United, Fernandes yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Slovakia, melakukan tiga umpanan, selain meledak satu gol dalam aksi di Stadium Algarve.

Goncalo Ramos, Diogo Jota dan Goncalo Inacio masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Ricardo Horta serta Joao Felix turut menemui sasaran.

Martinez yang menggantikan Fernando Santos selepas Piala Dunia Qatar 2022 kini memiliki rekod 100 peratus.

“Kami masih berada di fasa permulaan era baharu bersama jurulatih baharu dan masih cuba memahami serta melaksanakan idea jurulatih.

“Hari ini, kami menetapkan perlawanan rujukan (yang boleh dilihat) untuk masa depan,” kata Jota.

Pertahanan Sporting Lisbon, Inacio menanduk gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-12 hasil hantaran Fernandes.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Ramos menjaringkan gol kedua lima minit kemudian selepas Fernandes mengasak untuk memenangi bola yang terlucut.

Penyerang berusia 22 tahun itu menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-33 iaitu jaringan keenamnya dalam lapan penampilan buat Portugal.

Inacio menanduk gol kedua peribadi hasil hantaran lintang Fernandes sebelum rehat dan Jota menjaringkan gol kelima pasukannya selepas rehat, sekali lagi menerusi umpanan pemain tengah Red Devils itu.

Sebelum ini, Portugal membelasah Luxembourg 6-0 pada perlawanan pertama di Grand Duchy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya