Faisal hanya perlu 45 minit pikat Pan Gon

Faisal hanya perlu 45 minit pikat Pan Gon

FAISAL Halim (dua, kanan) dalam sesi bersama peminat pada pelancaran Pestabola Merdeka di Kuala Lumpur semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun sebulan digantung, namun pemain sayap sensasi Selangor FC, ­Faisal Halim bersedia memberi impak selepas mendapat kepercayaan untuk memperkuatkan Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan di China.

Faisal hanya mengambil masa 45 minit untuk ‘memukau’ jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon.

Dia hanya bermain selama 45 minit dalam aksi pertamanya sejak kembali daripada penggantungan, dan membantu ­Selangor membedil Kelantan FC 11-2, Jumaat lalu.

Faisal, 25, turut meledak dua gol dalam perlawanan Liga ­Super di Kota Bharu itu.

“Saya hanya bermain 45 minit, manakala yang lain mempunyai lima perlawanan (untuk menarik perhatian Pan Gon).

“Saya bermain tanpa henti sejak Disember tahun lalu. Mungkin ini cara Allah memberi saya rehat dan kembali lebih kuat.

“Jika tiada halangan, saya akan bantu pasukan kebangsaan (memburu keputusan positif),” kata Faisal semasa pelancaran Kejohanan Pestabola Merdeka di Wangsa Maju semalam.

Faisal adalah pemain tetap skuad kebangsaan dan mungkin akan memainkan peranan dalam perlawanan menentang Syria dan China yang diadakan di Chengdu pada 6 serta 9 September ini.

Selepas perlawanan itu, Malaysia akan bermain dalam Pestabola Merdeka dari 13-17 Oktober yang turut membariskan India, Palestin dan ­Tajikistan.

Harimau Malaya akan menentang India pada perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 13 Oktober.

Selepas itu, pasukan Pan Gon akan memberi tumpuan kepada kelayakan Piala Dunia 2026, yang bermula pada November, dan Piala Asia Qatar dari 12 Jan-10 Februari.

“Kami tidak sabar-sabar untuk memberikan yang terbaik.

“Walaupun lama tak bermain tapi saya sudah bersedia untuk bantu pasukan kebangsaan!

“Saya bersyukur sentiasa mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan, kelab dan peminat ketika waktu sukarnya,” kata Faisal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN