Empat kali Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menang

Empat kali Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menang

PEMAIN Liverpool meraikan gol ketiga yang disempurnakan Mohamed Salah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LINZ, Austria: Liverpool ketinggalan buat kali keempat dalam lima perlawanan musim ini tetapi bangkit menewaskan LASK 3-1 di Linz dalam aksi pembukaan Kumpulan E, Liga Europa awal pagi tadi.

Reds yang bermain dalam Liga Europa buat kali pertama sejak muncul naib juara 2016, menukar seluruh 11 kesebelasan utama berbanding skuad yang menewaskan Wolverhampton dalam aksi terakhir, Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mengambil masa yang lama untuk mendapat rentak permainan di Raiffeisen Arena, malah ketinggalan 1-0 pada minit ke-14.

LASK jarang mengancam kubu lawan tetapi mengejutkan Liverpool menerusi rembatan cantik Florian Flecker dari luar kotak penalti berpunca daripada sepakan sudut Sascha Horvath.

Selepas buntu pada 45 minit pertama permainan biarpun menguasai perlawanan, Reds tampil berbeza apabila babak kedua bersambung.

DARWIN Nunez meledak gol pembukaan Liverpool menerusi sepakan penalti.

Darwin Nunez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di minit ke-55 selepas Luis Diaz dijatuhkan.

Selepas 61 minit, Klopp mula menggantikan pemain muda dengan membawa masuk bintang mereka.

Dalam masa dua minit mereka mendahului 2-1 apabila Ryan Gravenberch membolosi bahagian kanan dan melakukan hantaran silang untuk disudahkan Luis Diaz dari jarak dekat.

Dua minit sebelum tamat permainan, Mohamed Salah melengkapkan gol ketiga Reds.

Sementara itu, Klopp memuji Gravenberch yang dianggap antara pemain terbaik dalam perlawanan itu biarpun baru tiga minggu menyertai Liverpool.

“Dia bermain dengan amat baik. Sudah tentu, dia pemain terbaik yang berada di atas padang.

“Bagaimanapun pada babak pertama, ia agak mengecewakan dan dia (Gravenberch) nampak sedikit tenggelam tetapi itu perkara biasa, perkara begini selalu berlaku,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya