Elavarasan 'kalis' kecaman

Elavarasan ‘kalis’ kecaman

FOKUS E. Elavarasan adalah mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Katalah apa sahaja, permainan ‘lapuk’, strategi ketinggalan atau pasukan tiada hala tuju, E. Elavarasan tidak goyah dengan semua kecaman kerana fokusnya hanya membina skuad terbaik menje­lang ­Piala Asia Bawah-23 tahun ­(B-23) yang tinggal tujuh bulan untuk berlangsung.

Kelmarin, pasukan Malaysia B-23 akhirnya mengesahkan tiket ke pusingan akhir yang akan diadakan di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei tahun depan selepas beberapa jam menanti dengan penuh debaran.

Kekalahan 0-1 kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H yang berlangsung hambar di Chonburi, Selasa lalu menyebabkan Malaysia terpaksa menunggu keputusan beberapa perlawanan lain sebelum mengesahkan tiket selaku empat naib juara terbaik.

Biarpun berjaya membawa skuad negara layak ke Piala Asia B-23 buat kali ketiga dalam sejarah, namun Elavarasan tetap berdepan kritikan hebat ­penyokong bola sepak negara yang menganggap taktikalnya terlalu ketinggalan dan gagal mencapai piawaian antarabangsa.

“Saya tidak ada masalah (kritikan dan desakan letak jawatan). Seperti yang saya katakan sebelum ini, bagi membina pasukan yang baik dan berkualiti perlu ambil masa. Kalau nak cerita mengenai merit pun saya tidak kisah.

“Kalau kita tidak beraksi baik pada perlawanan pertama dan kedua, macam mana kita boleh dapatkan slot ini (Piala Asia B-23)?

“Jadi, saya kena puji apa yang pemain buat pada perlawanan pertama dan kedua, yang pen­ting matlamat kita adalah untuk layak,” katanya.

Peminat mendesak agar ­Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon membimbing skuad bawah 23 di Qatar, malah menamakan beberapa jurulatih lain yang dianggap lebih layak berbanding ­Elavarasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya