Dua gol Alvarez ketuai kebangkitan City

Dua gol Alvarez ketuai kebangkitan City

JULIAN Alvarez meledak dua gol ketika menentang Red Star Belgrade di Etihad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Dua jaringan Julian Alvarez membantu juara bertahan, Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk membuka kempen Liga Juara-Juara dengan menumpaskan Red Star Belgrade 3-1 di Etihad, awal pagi tadi.

City mengatur asakan bertali arus sebaik sahaja permainan bermula, namun Osman Bukari memberi kejutan kepada anak-anak buah Pep Guardiola dengan meledak gol pembukaan Belgrade pada waktu kecederaan babak pertama.

Begitupun, Alvarez meneruskan prestasi cemerlangnya pada awal musim dengan menyamakan kedudukan hanya dua minit selepas babak kedua bersambung hasil gerakan cantik daripada Erling Haaland.

Pada minit ke-60, penjaga gol Red Star, Omri Glazer gagal membaca sepakan percuma yang diambil Alvarez untuk membolehkan bola menerjah ke penjuru gawang.

Rodri melengkapkan gol ketiga City menerusi penyudah cantik, 17 minit sebelum tamat perlawanan.

“Jika kami menjaringkan dua gol di awal permainan keadaan pasti berbeza.

“Kami mencipta 22 percubaan dan itu bermakna anda bermain dengan amat bagus. Menjadi tanggungjawab penyerang untuk menjaringkan gol itu,” kata Guardiola yang kecewa dengan penyudah pasukannya.

Red Star dijangka menjadi mangsa belasahan selepas City yang memenangi treble musim lalu memulakan musim dengan sempurna apabila memenangi semua lima perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Begitupun juara Liga Perdana itu menyukarkan diri mereka sendiri, ketika Glazer bertindak cemerlang buat kelab gergasi Serbia itu sebelum rehat.

ERLING HAALAND

Erling Haaland kini gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut dan kecewa dengan dirinya sendiri selepas menanduk melepasi palang gol dari jarak dekat.

“Kami melepaskan gol awal (pada babak kedua) dan selepas itu sukar untuk mengekalkan rentak, kerana kami tidak pernah beraksi dengan rentak ini dalam liga kami.

“Kami banyak belajar daripada perlawanan ini,” kata jurulatih Red Star, Barak Bakhar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN