Asia sudah ditakluk, misi beralih ke Sukan Olimpik

Asia sudah ditakluk, misi beralih ke Sukan Olimpik

PELAYAR negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menyumbangkan pingat emas kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China apabila menjuarai saingan ILCA 6 wanita di Tasik Dongqian semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejurus dinobatkan sebagai pemenang pi­ngat emas pertama Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou, misi jaguh pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif terus beralih ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 10 bulan dari sekarang.

Kejayaan menjuarai acara ILCA 6 wanita di Tasik Dongqian semalam bermakna Nur Shazrin meraih tiket automatik untuk beraksi di temasya Paris yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

“Pingat emas Sukan Asia Hangzhou melayakkan saya secara merit ke Sukan ­Olimpik tahun depan dan ia menjadi penampilan ketiga saya dalam temasya berprestij itu.

“Saya ada masa kurang setahun untuk lakukan persiapan ke Olimpik dan saya berharap ada program yang lebih baik untuk tingkatkan persembahan di Paris nanti,” katanya.

Nur Shazrin, 25, menepati ramalan untuk merangkul emas apabila perlumbaan ­terakhir ILCA 6 semalam dibatalkan kerana ketiadaan angin.
Begitupun dia mengekalkan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan.

“Saya mengharapkan ada perlumbaan, boleh tengok perubahan biarpun masih di depan. Kalau boleh saya nak habiskan semua perlumbaan tetapi (pe­nganjur) kata tiada perlumbaan.

“Alhamdulillah saya menang. Saya sebenarnya tidak fikir pun akan memenangi emas pertama sebab hanya fokus untuk berikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.

“Saya harap pingat emas ini menjadi pembakar semangat kepada atlet negara lain,” katanya yang sebelum ini meraih gangsa dalam Sukan Asia Jakarta/Palembang 2018.

Nur Shazrin menjadi pelayar kelima negara meraih emas Sukan Asia selepas Ryan Tan di Hiroshima 1994, Rufina Tan (Doha 2006), Faizal Norizan-Ahmad Syukri Abdul Aziz (Incheon 2014) dan Fauzi Kaman Shah (Jakarta/Palembang 2018).

Skuad pelayaran negara menutup edisi kali ini dengan satu emas dan dua gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya