131 pelumba merebut gelaran juara LTdL 2023

131 pelumba merebut gelaran juara LTdL 2023

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim (dua dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim (tiga dari kiri) ketika memperkenalkan piala pusingan Juara Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 ketika Majlis Pengenalan Pasukan yang berlangsung di Dataran Panoramik, Kuala Terengganu hari ini. (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN MALAYSIA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kesemua 22 pasukan sudah bersiap sedia untuk memulakan cabaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang bermula pada esok selepas diperkenalkan secara rasmi dalam Majlis Pengenalan Pasukan yang berlangsung di Dataran Panoramik di sini, malam ini.

Kira-kira 300 orang pengunjung tempatan hadir untuk memeriahkan majlis itu, dengan tumpuan kepada dua pasukan tempatan, Terengganu Polygon Cycling (TSG) dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Barisan pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG) adalah antara yang diletakkan harapan untuk mengungguli peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan bermula esok (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN MALAYSIA)

Majlis yang berlangsung gilang gemilang itu disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim turut menampilkam piala pusingan yang akan menjadi rebutan buat semua 131 pelumba yang bertanding.

Menariknya, edisi kali ini menjanjikan perlumbaan sengit buat kesemua pelumba meliputi jarak keseluruhan sejauh 1,278.1 kilometer (km), merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Perlumbaan Peringkat 1 bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu esok, meliputi jarak keseluruhan 187.4km, dengan kesemua pasukan akan menempuh dua pendakian kategori empat di Jerangau dan Sekayu selain tiga laluan pecut di Dungun, Ajil dan Tok Jamal.

Cabaran seterusnya akan di teruskan di peringkat 2 (Kuala Terengganu-Kota Bharu), peringkat 3 (Jeli-Baling), peringkat 4 (Bukit Mertajam-Meru Raya), peringkat 5 (Slim River-Genting Highlands), peringkat 6 (Karak-Melaka), peringkat 7 (Muar-Seremban) dan akan berakhir dengan Peringkat 8 (Setia Alam-Kuala Lumpur) pada 30 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya