MIAMI: Seorang tukang cuci dipecat selepas melanggar peraturan kelab kerana ditangkap meminta autograf ikon bola sepak, Lionel Messi.
Cristian Salamanca yang berasal dari Colombia datang ke Stadium DRV PNK bagi menjalankan tugasnya dalam aksi Piala Liga Amerika Syarikat (AS) antara Miami menentang Orlando City, Khamis lalu.
Dia bekerja buat kali pertama bersama syarikat yang dikontrakkan membersihkan kawasan Herons, malangnya itu juga adalah tugasannya yang terakhir.
Salamanca ditugaskan membersihkan kawasan di mana kedua-dua pasukan dijangka tiba di arena Fort Lauderdale.
Messi pemain terakhir yang memasuki stadium sebaik sahaja bas pasukannya tiba, dan ketika pemenang Piala Dunia itu muncul, Salamanca
berjaya menarik perhatiannya.
“Saya berada di luar ketika bas tiba dan semua pemain keluar. Yang terakhir keluar, Messi. Saya jerit kepadanya, ‘Hei! Juara dunia!’. Dia menoleh melihat saya.
“Saya tunjukkan kepadanya jersi Argentina,” katanya kepada akhbar Argentina, La Nancion.
Salamanca tidak menyesal dengan perbuatannya kerana berhasil mendapatkan tandatangan Messi. – AGENSI