Timber lupakan EPL hanya pada musim pertama

Timber lupakan EPL hanya pada musim pertama

JURRIEN Timber mengalami kecederaan serius ketika membantu Arsenal menentang Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London, Sabtu lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hanya sempat beraksi dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), bintang baharu Arsenal, Jurrien Timber berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila terpaksa melupakan seluruh musim akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Bek kanan berusia 22 tahun itu hanya tiba di London beberapa minggu lalu selepas melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta pound (RM236 juta) dari Ajax.

Dia mengalami kecederaan ketika melakukan terjahan terhadap pemain Nottingham Forest, Brennan Johnson dalam aksi pembukaan liga yang menyaksikan Arsenal menang 2-1, Sabtu lalu.

Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa menghabiskan musim pertamanya di England dengan mengikuti program pemulihan sebelum dijangka cergas sepenuhnya pada hujung musim.

“Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan secara terperinci oleh pasukan perubatan sejak Sabtu lalu, kami mengesahkan Jurrien Timber telah mengalami kece­deraan ACL di lutut sebelah kanan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kehilangannya pasti memberi tamparan hebat kepada pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila hanya dapat menggunakan kembali Timber selepas sembilan bulan.

“Sedih…kecederaan dialami saya lebih serius daripada yang dijangka terutama selepas saya menerima sambutan luar biasa di sini.

“Saya mahu membalas budi anda (Arsenal) di atas padang tapi tidak dapat dilakukan untuk tempoh ini.

“Saya akan kembali dengan cepat dan lebih kuat,” tulis Timber dalam ­Instagram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN