Pertemuan Lavrov, Rubio selesai

Pertemuan Lavrov, Rubio selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berakhir selepas berlangsung selama kira-kira 50 minit.

Lavrov dilihat meninggalkan lokasi sekitar pukul 7 malam tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Rubio turut bergegas meninggalkan lokasi bagi menghadiri mesyuarat tiga hala bersama Jepun dan Filipina yang dijadualkan selepas sesi dua hala itu selesai.

Sebelum itu, kedua-dua tokoh diplomat berkenaan dilihat memasuki bilik mesyuarat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 6.15 petang selepas selesai menyertai Mesyuarat Pascamesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (PMC) yang berlangsung lebih awal hari ini.

Ini merupakan pertemuan secara bersemuka kali kedua antara Lavrov dan Rubio. Pertemuan pertama mereka berlangsung di Arab Saudi pada Februari lalu sebagai sebahagian daripada usaha pentadbiran Trump untuk memulihkan hubungan dua hala serta membantu merundingkan penyelesaian terhadap konflik yang berlarutan sejak 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN