Skuad terjun berkampung di China

Skuad terjun berkampung di China

SKUAD terjun negara akan berkampung di China dalam persiapan menghadapi Sukan Asia di Hangzhou bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad terjun negara sekali lagi akan berkampung di China sebagai persedia­an terakhir sebelum beraksi dalam Sukan Asia di Hangzhou bulan depan.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MS), Andy Low berkata, 12 penerjun akan menyertai kem latihan tersebut.

“Pada 15 Ogos ini, atlet terjun negara akan berada di China untuk latihan pusat hingga 26 Ogos sebelum bergerak ke Hangzhou.

“Kita yakin tempoh masa latihan pusat terakhir ini juga mampu menyediakan skuad yang mantap bagi mengharungi saingan kompetitif di Hangzhou.

“Setakat ini, latihan dan persediaan atlet untuk Sukan Asia Hangzhou berjalan dengan lancar,” katanya.

Difahamkan seramai 16 orang yang terdiri daripada empat jurulatih serta pegawai dan 12 ­atlet masing-masing lapan penerjun lelaki serta empat penerjun wanita akan menyertai rombongan ke China.

Mengulas mengenai perkembangan terkini penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri, Andy berkata, penerjun elit itu sedang menjalani proses pemulihan kecederaan.

“Dhabitah sedang menjalani rawatan dan belum 100 peratus sembuh, kami masih memantau rapi perkembangan dia.

“Mengenai keinginan Dhabitah beraksi dalam acara 10 meter platform, saya menyerahkan kepada jurulatih dan Dhabitah untuk berbincang.

“Secara kebiasaannya jurulatih lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak buahnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya