Pemain bola sepak wanita Sepanyol ancam ‘gantung but’

Pemain bola sepak wanita Sepanyol ancam ‘gantung but’

INSIDEN kontroversi ketika Luis Rubiales (kanan) mencium Jennifer Hermoso dalam upacara penyampaian hadiah selepas Sepanyol muncul juara Piala Dunia wanita di Sydney, Australia, 22 Ogos lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kapten Sepanyol, Jenni Hermoso dan rakan sepasukan tidak akan mewakili skuad kebangsaan sehingga Luis Ru­bia­les disingkirkan daripada ja­watan Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Rubiales enggan meletak jawatan biarpun menerima kecaman hebat kerana mencium bibir Hermoso tanpa sebarang persetujuan ketika pasukan itu merangkul Piala Dunia Wanita, minggu lalu.

Rakaman video juga menunjukkan dia memegang kelangkang Hermoso ketika meraikan kejayaan bersejarah itu, malah mereka berada berdekatan Ratu Letizia dan anak perempuannya yang berumur 16 tahun.

Rubiales sepatutnya menghantar surat peletakan jawatan dalam mesyuarat agung luar biasa RFEF kelmarin, namun dia sebaliknya mendakwa menjadi mangsa ‘pembunuhan sosial’ dan ‘feminisme palsu’.

Lelaki berumur 46 tahun itu menambah ia hanya ciuman spontan dan konsensual yang berlaku semasa penyampaian trofi, Ahad lalu.

Begitupun Hermoso dalam satu kenyataan akhbar semalam mengulangi: “Saya ingin menjelaskan, saya tidak pernah bersetuju dengan ciuman itu.

“Saya tidak bertolak ansur kata-kata saya dipersoalkan, lebih-lebih lagi kata-kata itu direka-reka”.

Seramai 56 pemain termasuk Hermoso dan rakan sepasukannya yang memenangi Piala Dunia menandatangani kenyataan bersama menuntut Rubiales dipecat.

Mereka mengancam tidak akan bermain untuk Sepanyol lagi melainkan Rubiales ­disingkirkan daripada kedudukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN