Nafuzi kritik keadaan padang walaupun menang

Nafuzi kritik keadaan padang walaupun menang

AKSI pemain Kedah ketika meraikan jaringan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya kelmarin. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Meskipun merekodkan lima kemena­ngan berturut-turut dalam aksi Liga Super, termasuk ketika menundukkan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya kelmarin, ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain sempat mengkritik keadaan padang stadium yang dianggap menjejaskan permainan kedua-dua pasukan.

“Ini pandangan peribadi sayalah. Saya tengok keadaan padang itu begitu menyukarkan. Bukan untuk ‘team’ saya sahaja, tapi untuk kedua-dua pasukan bermain.

“Padang agak keras dan tidak rata. Kalau kita tengok dari segi bola (permainan), kerap ‘bumping’ (berlaku pe­langgaran).

“Jadi, itu menyebabkan kita sukar untuk merterjemahkan ‘game’ yang sebenar kerana ia terlalu berisiko (untuk pemain mengalami kecederaan).

“Jadi, kita perlu berhati-hati dan mungkin terpaksa menukar corak permainan untuk bermain dengan lebih selamat,” kata Nafuzi.

Dalam perlawanan itu, skuad Sang Kenari terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi pemain import mereka, Moses Atede.

Sementara itu, Nafuzi yang juga bekas pengendali Terengganu berkata, kemenangan ke atas skuad Harimau Kumbang itu penting bagi memastikan Kedah terus bersaing dalam kelompok terbaik liga musim ini.

“Pasukan yang berada di atas dan di bawah kita sedang mengumpul mata. Jadi, kita tidak boleh lagi tercicir (mata) selepas ini,” katanya yang berharap agar anak-anak buahnya dapat mempamerkan aksi terbaik ketika melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN