Moral pemain baik, buru tempat ketiga AFF B-23

Moral pemain baik, buru tempat ketiga AFF B-23

PEMAIN negara turun dengan semangat memburu tempat ketiga Kejohanan AFF B-23 apabila berdepan tuan rumah, Thailand petang ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Moral pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) dalam keadaan baik dan bersemangat untuk menentang tuan rumah, Thailand hari ini bagi merebut tempat ketiga Kejohanan AFF B-23.

Kapten B-23 negara, Ubai­dullah Shamsul Fazili berkata, kegagalan mara ke perlawanan akhir perlu dilupakan dan pemain harus fokus merebut tempat ketiga.

“Memang semua pemain kecewa tidak layak ke final tetapi moral kami tetap baik dan saya percaya rakan sepasukan bersemangat kerana lawan Thailand sangat pen­ting, biarpun tempat ketiga.

“Persediaan kita seperti biasa dan akan ikut segala perancangan jurulatih. Tetapi, kita kena lebih fokus dan bekerja keras kerana Thailand pasukan yang kuat,” katanya.

Sasaran Malaysia untuk mara ke final buat kali pertama lebur selepas kalah 1-4 kepada ­Vietnam pada separuh akhir di Rayong, Thailand kelmarin.

Dalam aksi akhir malam ini, Vietnam akan menentang Indonesia yang melakar kejutan ­me­nyingkirkan Thailand 3-1 biarpun bermula dengan langkah kiri tewas 2-1 kepada Malaysia di peringkat kumpulan.

Sementara itu, Ubaidullah berkata, semua pemain telah mempamerkan aksi terbaik ­memikat hati jurulatih, E. Elavarasan selain mereka juga ­turun dengan semangat besar untuk berbakti kepada negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN