MANCHESTER: Skuad kendalian Erik ten Hag terselamat daripada menerima aib kekalahan di laman sendiri apabila bangkit untuk menumpaskan Nottingham Forest 3-2 di Old Trafford hari ini.
Gawang United terlebih dahulu bolos apabila Taiwo Awoniyi menyumbat gol seawal minit kedua.
Belum cukup dengan itu, berselang dua minit kemudian, giliran pemain pertahanan, Willy Bonly meledak untuk meletakkan pelawat semakin selesa 2-0 di hadapan.
United tidak mengalah dengan cuba merapatkan jurang menerusi Christian Eriksen pada minit ke 17, sekaligus menutup babak pertama dengan keputusan 1-2.
Pasukan Red Devils memulakan babak kedua dengan penuh bernafsu apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang Nottingham, dan usaha mereka berhasil apabila pemain Brazil, Casemiro berjaya meledak pada minit ke 52 sekaligus menyamakan kedudukan menjadi 2-2.
Nasib Nottingham terus bertukar menjadi malang apabila kehilangan seorang pemain setelah Joe Worall dilayangkan kad merah.
Peluang itu dimanfaatkan sebaiknya oleh barisan pemain United dan mereka berjaya di depan setelah pengadil memberikan sepakan penalti apabila Marcus Rashford dijatuhkan Danilo dalam kawasan kotak penalti Nottingham.
Bruno Fernandes tidak menghadapi masalah untuk menyumbat bola ke gawang lawan untuk menjadikan kedudukan kini memihak kepada United 3-2.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan United kemenangan kedua mereka pada musim ini.