Malaysia mahu tebus 'malang' Sukan SEA

Malaysia mahu tebus ‘malang’ Sukan SEA

PEMAIN Malaysia melakukan persiapan akhir menjelang aksi pembukaan Kejuaraan AFF B-23 menentang Indonesia di Thailand esok. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan mencapai sasaran dalam Sukan SEA Kemboja, Mei lalu, mahu dilupakan pemain skuad Bawah 23 (B-23) negara dengan usaha menebus kehampaan itu pada Kejuaraan AFF B-23 di Rayong, Thailand bermula Jumaat ini.

Pengendali B-23 negara, E. Elavarasan, juga mahu pemain mengambil pengajaran daripada kegagalan tersebut dan menganggap ia sebagai pengalaman berguna.

Katanya, kelemahan dalam temasya dwitahunan itu sudah dikesan dan beliau berharap pemain akan tampil lebih baik pada saingan AFF nanti.

“Ini (Kejuaraan B-23 AFF) adalah kejohanan ketiga kita selepas Piala Merlion dan Sukan SEA 2023. Kegagalan di Sukan SEA menunjukkan apa yang kita kurang dan apa yang perlu kita tambah baik supaya kita terus meningkat.

“Bukanlah satu pengajaran tetapi kita memerlukan masa dan pengalaman. Semua ini adalah proses jadi ia mengambil masa tetapi kita perlu kerja keras untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Semua pasukan pasti sasarkan final dan kita perlu ada sasaran kerana tidak bagus kalau tidak ada sasaran yang diletakkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persaingan dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Timor Leste di Rayong nanti, Elava­rasan berkata skuad Garuda Muda pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan itu.

Begitupun, beliau percaya pemainnya mampu mengharungi cabaran itu dan me­nganggap ia pertemuan yang sengit.

“Indonesia menurunkan skuad terbaik mereka dan dengan kendalian jurulatih skuad utama, pemain mereka pasti bersemangat untuk me­nunjukkan mereka berada pada tahap berbeza.

“Ia bukanlah aksi yang mudah tetapi semua perlawanan amat penting untuk kita. Ia satu pengalaman yang baik untuk lihat bagaimana pe­ningkatan kita berbanding sebelum ini,”jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya