Hoki 5s wanita Malaysia dibelasah Thailand

Hoki 5s wanita Malaysia dibelasah Thailand

PEMAIN negara cuba menghalang gerakan pemain Thailand dalam perlawanan di Kejohanan Hoki 5s Piala Asia 2023 di Salalah, Oman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki 5 sebelah (5s) terus menjadi pasukan belasahan di Kejohanan Hoki 5s Piala Asia 2023 di Salalah, Oman selepas kecundang 1-8 kepada Thailand petang tadi.

Jaringan tunggal Malaysia pada perlawanan itu terhasil menerusi gerakan padang pada minit ke-24 oleh Nur Zafirah Aziz yang turut menyumbang satu gol pada aksi pembukaan bertemu India, semalam.

Ketua Jurulatih Skuad Hoki 5’s Wanita Negara, Nabil Fiqri Mohd Noor berkata, kelebihan fizikal dan mental telah membantu Thailand untuk mencatat kemenangan ke atas pasukan bimbingannya.

“Kekalahan kedua berturut-turut ini sudah tentu memberikan kesan kepada motivasi pemain namun ini bukan pengakhiran kerana peluang ke separuh akhir masih terbuka.

“Selepas ini, kami perlu untuk bermain perlawanan ‘coss-over’ menentang pasukan daripada kumpulan satu lagi bagi memastikan tempat di separuh akhir.

“Jadi setiap daripada pemain perlu bangkit pada perlawanan menentang Jepun esok, untuk sekurang-kurangnya mendapatkan kembali keyakinan bagi mencapai objektif yang kami tetapkan pada kejohanan kali ini.

“Apa yang saya lihat, perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan esok adalah setiap pemain perlu mengambil dan menggunakan peluang untuk menjaringkan gol dengan sebaik mungkin dan tidak boleh melepaskan setiap peluang yang dimiliki,” katanya.

Dalam Aksi yang berlangsung hari ini menyaksikan Thailand terlebih dahulu dihadapan 2-0 pada separuh masa pertama, menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai pada minit ke-13 dan Noo Keaw Sudarat pada minit ke-15.

Bersambung separuh masa kedua, Thailand mencetak enam lagi gol bermula dengan jaringan kedua peribadi Sudarat pada minit ke-18, diikuti gol Kornkanok Sanpoung pada minit ke-21, sebelum Aunjai turut mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-22.

Minit ke-23, giliran Kunjira Inpa mencatat nama selaku penjaring sebelum seminit kemudian Anongnat Piresram mencetak gol ketujuh dan beberapa saat sebelum perlawanan berakhir, Sanpoung sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring untuk perlawanan berakhir 8-1.

Terdahulu dalam aksi pembukaan semalam, skuad negara tumpas 7-2 kepada India dan mereka akan turun bertemu Jepun esok pada pukul 6 petang waktu Malaysia untuk aksi terakhir pusingan Kumpulan Elite.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya