Hojbjerg dalam radar Manchester United

Hojbjerg dalam radar Manchester United

Pierre Emile Hojbjerg
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dikaitkan dengan usaha membawa masuk pemain te­ngah Tottenham, Pierre Emile Hojbjerg pada musim panas ini.

Red Devils sedang merancang untuk mengukuhkan bahagian tengah sebelum jendela perpindahan ditutup, Jumaat ini.

Hojbjerg pada mulanya bukanlah pilihan utama United tetapi perpindahan saat akhir mungkin berlaku selepas kelab itu diberi peluang memulakan rundingan dengan prospek baharu.

Tottenham membeli pemain Denmark itu dari Southampton tiga tahun lalu, semasa di bawah pimpinan Jose Mourinho.

Bagaimanapun pengurus baharu, Ange Postecoglou, terbuka jika pemain berumur 28 tahun itu mahu meninggalkan kelab.

Hojbjerg yang telah beraksi dalam 147 perlawanan buat Spurs sebelum ini turut dikaitkan de­ngan Atletico Madrid, namun perjanjian tidak menjadi kenyataan.

Pemain tengah bertahan itu menjadi gantian dalam dua daripada tiga aksi Tottenham musim ini, dengan pengurus Postecoglou memilih Yves Bissouma dan Pape Sarr. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN