BUDAPEST: Kejohanan Olahraga Dunia yang membuka tirai di Budapest, Hungary hari ini bakal menawarkan ganjaran lumayan AS$100,000 (RM464,000) buat mana-mana atlet yang berjaya memecah rekod dunia.
Presiden Persekutuan Olahraga Dunia (WA), Sebastian Coe menjangkakan saingan kali ini akan dikenang untuk tempoh yang.
Sebanyak 48 acara dipertandingkan, namun atlet yang menyamai rekod dunia tidak layak menerima ganjaran itu.
Selain bonus rekod dunia, atlet juga akan menikmati hadiah kemenangan yang besar.
Pemenang pingat emas acara individu akan meraih AS$70,000 (RM325,000), perak AS$35,000 (RM162,540) dan AS$22,000 (RM102,168) untuk gangsa.
Lapan kuartet terbaik turut meraih habuan, pemenang pingat emas akan berkongsi AS$80,000 (RM371,520), perak AS$40,000 (RM185,760) dan gangsa AS$20,000 (RM92,880).
Beberapa acara dijangka menyaksikan rekod baharu dunia iaitu 200m lelaki, 5,000m wakita, 1,500m lelaki dan lari berhalangan lelaki.
Dalam 200m lelaki, tumpuan terarah kepada jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang turut beraksi dalam 100m.
Sejak 2009, rekod 200m dipegang legenda olahraga Jamaica, Usain Bolt dengan 19.19 saat (s), namun Lyles yang memecah rekod kebangsaan AS tahun lalu (19.31s) melaungkan keyakinan untuk melebur rekod dunia di Budapest.
Lyles, 26, merupakan pemenang pingat emas acara 200m pada Kejohanan Dunia 2022 dan 2019. – AGENSI