Gosip Mbappe mahu sertai Liverpool buat Klopp tertawa

Gosip Mbappe mahu sertai Liverpool buat Klopp tertawa

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya tertawa mendengar desas-desus Kylian Mbappe akan menyertai pasukannya secara pinjaman.

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi bertiup kencang me­ngatakan Reds mengadakan rundingan dengan Paris Saint-Germain (PSG) bagi mendapatkan Mbappe musim panas ini.

Kapten Perancis itu berbaki 12 bulan dalam kontrak semasanya di Parc des Princes dan dia memberitahu juara Ligue 1 tersebut untuk tidak menyambung kontraknya.

Mbappe menyimpan impian untuk berpindah ke Real Madrid tetapi gergasi Sepanyol itu tidak mampu memenuhi harga yang diminta PSG yang dilaporkan melebihi 200 juta pound (RM1.15 bilion).

Mereka sebaliknya mahu menyambarnya secara percuma pada musim panas akan datang, manakala PSG terbuka de­ngan idea membenarkan Mbappe bermain secara pinjaman musim depan jika ia bermakna mereka akan menerima bayaran perpindahan.

Begitupun, Klopp meredakan khabar angin itu dalam satu temubual bersama Sky Germany.

KYLIAN MBAPPE

“Kami ketawa mende­ngar­nya. Dia seorang pemain yang sangat bagus tetapi daripada segi kewangan, ia tidak sesuai dengan kami.

“Saya tidak mahu merosakkan cerita sekarang tetapi setahu saya, tidak ada apa-apa.

“Bagaimanapun ada kemungkinan seseorang dari kelab sedang menyediakan sesuatu dan mahu mengejutkan saya, tetapi itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lapan tahun saya di sini. Ia akan menjadi kali pertama,” kata Klopp.

Pengakuan Klopp itu juga menjadi rangsangan untuk Chelsea mengejar Mbappe selepas mereka mengadakan perbincangan dengan PSG mengenai perjanjian.

Blues telah dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan penyerang Perancis itu dan Mbappe akan dijual pada musim panas ini selepas mengesahkan dia tidak akan melanjutkan kontraknya selepas 2024.

Mbappe, 24, menolak perpindahan ke Arab Saudi minggu lalu selepas Al-Hilal membentangkan bidaan rekod dunia yang diterima oleh PSG.

Real kekal sebagai pilihan untuk menandatangani Mbappe, walaupun peminat Chelsea yakin dia bersedia untuk menyertai kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN