City mulakan misi mengulangi sejarah

City mulakan misi mengulangi sejarah

MANCHESTER City sudah bersedia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Super apabila bertandang ke Burnley esok. – IHSAN MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City akan membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Burnley awal pagi esok dengan misi untuk muncul pasukan pertama memenangi empat kejuaraan liga berturut-turut.

Arsenal yang sekali lagi dijangka menjadi pesaing utama akan memulakan saingan de­ngan menerima kunjungan Nottingham Forest esok.

Dua gergasi EPL, Liverpool dan Chelsea pula berdepan ujian awal pada hari pertama de­ngan bertembung sesama sendiri di Stamford Bridge pada Ahad.

City merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama, Jun lalu, sekali gus melengkapkan musim gemilang selepas menjulang EPL dan Piala FA.

Musim ini, pengurus mereka, Pep Guardiola berdepan cabaran beraksi tanpa kapten Ilkay Gundogan yang meninggalkan kelab untuk ke Barcelona, manakala Riyad Mahrez menerima tawaran lumayan Arab Saudi.

BURNLEY menunjukkan peningkatan di bawah legenda City, Vincent Kompany. – IHSAN BURNLEY FC

Duo Croatia, Mateo Kovacic dan Josko Gvardiol pula menjadi muka baharu.

City akan berdepan lawan yang dibimbing legenda mereka, Vincent Kompany yang telah merubah nasib Burnley musim lalu dengan mengekalkan kelab itu dalam EPL ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.

Kompany mengubah Burnley menjadi pasukan yang lebih ba­nyak menguasai bola, mengeluarkan mereka dari krisis.

“Saya suka bermain setiap minggu, bulan, tahun menentang pasukan setaraf City. Itulah cara terbaik,” kata Kompany.

Pertembungan City-Burnley dilihat istimewa, terutama buat City kerana Kompany dilihat sebagai calon untuk menggantikan Guardiola.

Guardiola dijangka menggunakan formasi 3-2-2-3 di Turf Moor, di mana Erling Haaland, Jack Grealish dan Phil Foden mengetuai jentera penggempur untuk memburu kemenangan sulung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN