Arsenal hilang 13 pemain jumpa Nottingham

Arsenal hilang 13 pemain jumpa Nottingham

ARSENAL mungkin melakukan beberapa rombakan apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest hari ini. – IHSAN ARSENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berdepan beberapa keputusan sukar menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest, hari ini.

Walaupun menang ke atas Manchester City dalam Piala Perisai Komuniti hujung minggu lalu, jurulatih kelahiran Sepanyol itu mungkin membuat rombakan dengan memanggil semula Oleksandr Zinchenko atau Leandro Trossard dalam kesebelasan utama.

Satu pertukaran juga akan dibuat di bangku simpanan Gunners selepas Matt Turner berpindah ke Forest, bermakna dia akan menentang bekas rakan sepasukannya dalam perlawanan pertama musim ini.

Rabu lalu, Turner dilepaskan Arsenal dengan bayaran 10 juta pound (RM58 juta) dan kekosongan yang ditinggalkannya itu perlu diganti.

Sementara itu, David Raya juga akan mengambil tempat sebagai penjaga gol baharu setelah Arsenal telah mencapai persetujuan dengan Brentford untuk menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol itu yang awalnya hanya sekadar pinjaman selama semusim.

Walaupun ini bukan satu-satunya perpindahan yang dijangka dimuktamadkan oleh pasukan London Utara itu, namun terdapat juga khabar angin bahawa Marquinhos bersedia menyertai pasukan Ligue 1 pada pinjaman musim ini.

Jika perpindahan pemain Brazil itu berjaya dimeterai dan Raya diumumkan sebagai pemain keempat dibeli Gunners musim ini, Arteta akan mempunyai 33 pemain pasukan utama dengan 13 daripadanya iaitu pemain senior yang tidak akan terlibat dengan perlawanan menentang Forest.

Dalam perkembangan sama, Gabriel Jesus akan terlepas peluang kerana perlu menjalani pembedahan lutut kecil, manakala Mohamed Elneny pula dijangka tidak dapat bermain sehingga bulan depan.

Pemain lain seperti Runar Alex Runarsson, Arthur Okonkwo, Cedric Soares, Nuno Tavares, Albert Sambi Lokonga serta Nicolas Pepe, pula semuanya tidak berada dalam senarai pemain kegemaran Arteta buat masa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN