Aliff menang lagi dalam ONE Championship Thailand

Aliff menang lagi dalam ONE Championship Thailand

Ahmad Nor Iman Aliff Rakib– IHSAN FACEBOOK IMAN ALIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muaythai remaja negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib terus melakar sensasi apabila me­raih kemenangan ketiga dalam ONE Championship Thailand ­kelmarin.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok itu, Aliff mempamer semangat juang tinggi untuk menang ke atas petinju tuan rumah, Yangdam dan meraih bonus 350,000 baht (RM46,500).

Sebelum ini, Aliff meraih dua kemenangan knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand iaitu menumbangkan Ratchadej Sor Petjumrat pada bulan lalu dan turut menumbangkan peserta tuan rumah dalam pertarungan pada April.

“Satu kemenangan yang menakjubkan dan meraih bonus.

“Kemenangan ini menjadi yang ketiga buat saya dalam ONE Championship Thailand. Satu kejayaan yang ditunggu-tunggu.

“Dalam pertarungan ini, saya membuat pukulan sehingga lawan diberi kiraan lapan sebanyak dua kali oleh pengadil, tetapi saya tidak dapat melakukan KO untuk menumbangkannya dengan lebih cepat.

“Namun, saya merasakan ini persembahan yang paling menarik pernah saya pamerkan setakat ini.
“Saya menunjukkan semua kemahiran baharu yang saya pelajari.

“Terima kasih kepada jurulatih, John Paul Gallacher yang terus berusaha untuk kuatkan saya, selepas ini saya akan fokus untuk memperbetulkan beberapa kesilapan yang ada bersamanya,” kata Aliff.

Susulan kejayaan itu, tumpuan Aliff ketika ini lebih terarah untuk menjadi atlet negara pertama meraih Kontrak ONE Championship Thailand yang bernilai AS$100,000 (RM467,000) sekaligus mengembangkan lagi kariernya dalam sukan itu.

Aliff merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA Kemboja pada Mei lalu dan dia juga meraih pingat emas dua tahun berturut-turut pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA iaitu pada 2021 dan 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya