PETALING JAYA: Seminggu selepas meninggalkan kelab Indonesia, Aidil Sharin Sahak sebagai Ketua Jurulatih Kuching City.
Perkara tersebut disahkan oleh kelab Liga Super itu dalam satu kenyataan hari ini, sekali gus menjawab spekulasi yang sudah beberapa minggu diperkatakan.
Jurulatih kelahiran Singapura itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan, dua minggu lalu.
Aidil, 46, pernah membimbing Kedah Darul Aman (KDA) dari 2019 hingga 2022 sebelum menyertai Persikabo awal tahun ini.
Beliau akan dibantu oleh dua jurulatih tempatan iaitu Firdaus Morshidi dan Zulkarnien Poasa dengan misi mengeluarkan The Cats dari zon penyingkiran.
Selepas mengharungi 18 perlawanan, Kuching City yang hanya mencatat satu kemenangan menduduki tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata. – UTUSAN ONLINE