Vida tonton aksi Kelantan FC, JDT di Kota Bharu

Vida tonton aksi Kelantan FC, JDT di Kota Bharu

VIDA hadir ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida mengotakan janjinya apabila turun ke Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini untuk menyaksikan perlawanan Kelantan FC menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kehadiran anak kelahiran Tanah Merah itu memperlihatkan kesungguhannya untuk menjadi pemilik Kelantan FC.

Hadir sama menyaksikan perlawanan itu pemilik TRW Norizam Tukiman atau Zamsaham.

Pada tahun 2016, Vida pernah menaja Kelantan dengan nilai tajaan RM16 juta untuk tempoh 2016 dan 2017 yang turut menyaksikan Stadium Sultan Muhammad IV bertukar warna kepada merah jambu sebagai syarat penajaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Zamsaham mengesahkan beliau kini menerima dua tawaran untuk mengambil alih TRW.

Bagaimanapun, Zamsaham berkata, dua tawaran itu hanya merupakan perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya.

“Yang minat adalah Dato Vida dan salah satu penaja Kelantan FC musim ini, Erfan Akif Ruslan pemilik Erfan Gym & Fitness,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN