Verstappen juara lagi, Hamilton tepuk dahi di GP Hungary

Verstappen juara lagi, Hamilton tepuk dahi di GP Hungary

Pelumba Red Bull, Max Verstappen meraikan kejayaannya menakluk Grand Prix Hungary di litar Hungaroring, Budapest sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mengekalkan dominasinya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini apabila memenangi Grand Prix Hungary yang berlangsung di litar Hungaroring, Budapest.

Ini juga merupakan kemenangan ke 12 berturut-turut Verstappen dalam perlumbaan F1, sekaligus mengatasi rekod 11 kemenangan berturut-turut yang dilakar McLaren sebelum ini pada tahun 1988.

Kejayaan ini menjadi lebih manis apabila dia berjaya memintas pelumba Mercedes, Lewis Hamilton yang berada di grid utama ketika pusingan pertama perlumbaan.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen (tengah) bersama Lando Norris dari McLaren dan Sergio Perez ketika sesi penyampaian hadiah. (FOTO:AFP)

Lando Norris yang beraksi untuk Mclaren menghabiskan saingan di tempat kedua, sementara pelumba pasukan Ferrari, Sergio Perez yang menampilkan aksi agresif sepanjang perlumbaan berpuas hati di tempat ketiga.

Malang buat Hamilton apabila juara dunia tujuh kali itu terpaksa berputih mata untuk berada di tempat keempat.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton terpaksa akur menghabiskan perlumbaan Grand Prix Hungary di tempat keempat. (FOTO: AFP)

Verstappen kini kekal menerajui tangga keseluruhan pelumba terbaik dengan 255 mata dan sukar dicabar oleh mana-mana pelumba.

Tangga kedua kini dihuni Perez, manakala Fernando Alonso yang beraksi untuk Aston Martin pula di tangga ketiga dengan 137 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya