LONDON: Biarpun masa depannya bersama Leicester City tidak menentu, Jamie Vardy menolak perpindahan ke Arab Saudi.
Bekas penyerang England itu hanya mahu meneruskan kariernya dengan tenang walaupun Leicester akan beraksi dalam Liga Kejuaraan.
The Foxes tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan berharap dapat kembali segera ke liga teratas.
Begitupun pengurus baharu mereka, Enzo Maresca belum memulakan rundingan dengan Vardy mengenai masa depannya biarpun dia sudah menolak tawaran kelab Arab, Khaleej FC.
Pemain berusia 36 tahun itu masih mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya di The King Power.
Minggu lalu, Maresca mencadangkan Vardy, yang telah 11 tahun menyarung jersi Leicester dikekalkan bagi menghadapi kempen Liga Kejuaraan.
Begitupun, dia hanya mencatat enam gol dan lima bantuan dalam 42 penampilan EPL musim lalu.
Biarpun tidak mendedahkan jumlah yang ditawarkan Khaleej FC, Vardy menolaknya kerana berpendapat gaya hidup di Arab Saudi tidak sesuai dengan keluarganya. – AGENSI