Ten Hag resah serangan United tumpul

Ten Hag resah serangan United tumpul

PERTAHANAN Real Madrid, Freland Mendy (kanan) bersaing dengan pemain tengah Manchester United, Donny Van De Beek dalam perlawanan pramusim di Stadium NRG, Houston, Texas semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Erik ten Hag berkata, kegagalan Manchester United memanfaatkan peluang ketika tewas 0-2 kepada Real ­Madrid dalam aksi pramusim di Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu.

Dalam aksi di Stadium NRG, Houston, penyudah cantik Jude Bellingham dan gol akrobatik Joselu memastikan kemena­ngan Real.

United juga memiliki beberapa peluang tetapi gagal me­nyempurnakan 14 percubaan, isu sama yang ditunjukkan sepanjang musim lalu.

Ditanya apakah corak sera­ngan United amat meresahkan dan mendedahkan betapa mereka memerlukan penyerang baharu, Ten Hag menjawab: “Sama sekali benar.

“Berdasarkan peluang hari ini, saya fikir kami memerlukan lebih ramai pemain yang mampu menghadapi situasi satu lawan satu.

“(Marcus) Rashford, Scott McTominay mempunyai ­situasi itu, begitu juga (Alejandro Garnacho).

“Dalam situasi ini, mereka seharusnya mencetak gol.”

United masih berusaha untuk membawa masuk penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Atalanta, selain dikaitkan de­ngan Harry Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN