Selepas Mount, United sambar Amrabat

Selepas Mount, United sambar Amrabat

­Sofyan Amrabat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hanya beberapa hari selepas mendapatkan Mason Mount, Manchester United kini menerima isyarat positif untuk membawa masuk bintang ­baharu.

Red Devils dikatakan telah mencapai persetujuan peribadi dengan pemain tengah Fiorentina, ­Sofyan Amrabat.

Menurut portal sukan Sportbible, United percaya kema­sukan Amrabat mampu menambah kekuatan di bahagian tengah.

Nama Amrabat, 26, mula mencuri tumpuan selepas mempamer aksi cemerlang ketika membawa Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

United cuba membawa pemain itu sebaik sahaja Piala ­Dunia berakhir, namun gagal dan kini Erik ten Hag meneruskan misi lama, dan kali ini ia dijangka berjalan baik.

Selepas mendapat persetujuan peribadi dengan Amrabat, United hanya memerlukan lampu hijau daripada Fiorentina berhubung yuran perpindahan.

Jika dilihat pada data ­Transfermarkt, Amrabat mempunyai harga pasaran 30 juta euro (RM152 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN