Rybakina menang dalam tangisan Cornet

Rybakina menang dalam tangisan Cornet

ALIZE Cornet menahan sakit lutut ketika menentang Elena Rybakina pada pusingan kedua Wimbledon di London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara bertahan, Ele­na Rybakina meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga tenis Wimbledon selepas insiden malang menimpa lawannya, ­Alize Cornet yang me­ninggalkan gelanggang dalam keadaan menangis semalam.

Bintang Perancis, Cornet, 33, menamatkan permainan dengan lutut kanan berbalut selepas mengalami kecederaan akibat tergelincir di atas permukaan rumput licin.

Dia tetap menggagahkan diri untuk bertarung, namun terpaksa akur dengan kekalahan 2-6, 6-7 (2/7) kepada pemain No. 3 dunia dari Kazakhstan, Rybakina.

Cornet kalah mudah di set pembukaan, namun memberi tentangan sengit di set kedua dan mengikat kedudukan 5-5.

Malangnya, dia tergelincir dan menjerit dengan lutut sakit sebelum terbaring. Situasi itu membimbangkan penonton, malah Rybakina turut memeriksa keadaan lawannya.

ELENA Rybakina melihat keadaan Alize Cornet yang terbaring dengan kesakitan pada pusingan kedua kejohanan Wimbledon di London semalam. – AFP

Selepas mendapatkan rawatan, Cornet memutuskan untuk meneruskan permainan tetapi dengan pergerakan yang amat terhad dan menahan ke­sakitan, tiada apa yang mampu dilakukan.

“Saya memulakan permai­nan dengan baik, saya mempunyai tenaga yang bagus tetapi di set kedua keadaan menjadi sangat sukar.

“Ia perlawanan panjang, begitu juga ketika Alize terjatuh. Situasi tidak mudah, namun saya gembira memenangi set kedua,” kata Rybakina yang akan menentang Katie Boulter da­ri Britain pada pusingan ketiga esok.

Bagi pemain No. 74 dunia, Cornet dia kalah kepada pemain yang lebih baik.

“Di set pertama saya terkejut dengan rentak pukulannya.

“Set kedua lebih baik, sa­yang sekali saya ce­dera,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya