Rune tidak gentar kawan Alcaraz

Rune tidak gentar lawan Alcaraz

HOLGER RUNE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertembungan suku akhir antara dua bintang ge­nerasi baharu, Carlos Alcaraz dan Holger Rune hari ini paling mencuri tumpuan di Wimbledon.

Semalam, Rune, 20, muncul pemain Denmark pertama dalam tempoh 65 tahun mara ke suku akhir selepas menumpaskan Gri­gor Dimitrov dari Bulgaria 3-6, 7-6 (8/6), 7-6 (7/4), 6-3.

Kemenangan bakal menemukan pemain ranking keenam dunia itu dengan jaguh No. 1 dunia dari Sepanyol, Alcaraz.

Alcaraz, 20, layak ke suku akhir Wimbledon buat kali pertama selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan naib juara 2021, Matteo Berrettini dari Itali 3-6, 6-3, 6-3, 6-3.

“Saya tidak takut (berdepan Alcaraz), sebaliknya teruja.

“Saya rasa dia sama seperti dulu, cuma lebih baik. Dia cepat meningkat,” kata Rune.

Rune dan Alcaraz merupakan rakan rapat, malah pernah berganding dalam acara beregu ketika berusia 12 tahun.

CARLOS Alcaraz membalas pukulan Matteo Berrettini. – AFP

Sementara itu, Alcaraz gembira berjaya melepasi halangan getir Berrettini, 27, dan memperbaiki pencapaiannya dalam Wimbledon selepas tersingkir di pusingan keempat tahun lalu.

“Dia bermain dengan hebat dan bukan mudah selepas kehilangan set pertama. Saya tahu saya akan mempunyai peluang, jadi saya perlu kekal fokus.

“Impian saya adalah untuk beraksi dalam perlawanan akhir di sini, untuk memenangi kejuaraan suatu hari nanti. Saya harap saya mencapai impian itu tahun ini tetapi sekarang amat hebat dapat berada di suku akhir,” kata Alcaraz. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya