Pulisic mahu padam igauan buruk Chelsea

Pulisic mahu padam igauan buruk Chelsea

CHRISTIAN Pulisic menandatangani perjanjian empat tahun bersama AC Milan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perpindahan Christian Pulisic bernilai 20 juta pound (RM118 juta) ke AC Milan selesai semalam dengan dia menamatkan empat tahun yang mengecewakan di Stamford Bridge.

Pemain sayap Amerika Syarikat (AS) itu menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund dengan harga 58 juta pound (RM344 juta), namun bergelut mendapatkan prestasi terbaik.

Biarpun berhasil menyumbang 47 gol dalam 145 penampilan, namun dia juga kerap dile­tak di bangku simpanan.

Bagaimanapun pemain berusia 24 tahun itu pernah mencapai kejayaan bersama Chelsea ketika menjuarai Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab 2021.

Frank Lampard, Thomas Tuchel, mahupun Graham Potter tidak mampu mengeluarkan prestasi terbaiknya dan pada musim terakhir dia hanya menjaringkan satu gol.

Pulisic mengharapkan permulaan baharu di Milan dan percaya akan diberi lebih ­banyak peluang untuk membuktikan kebolehan diri.

“Sudah tentu ada masa di mana saya berharap akan mendapat lebih banyak peluang (ketika di Chelsea) tetapi ya, atas sebab apa pun, itu tidak berlaku.

“Seperti saya katakan, saya teruja dengan cabaran baharu dan saya bersedia untuk itu.

“Saya rasa dia (pengurus Milan, Stefano Pioli) membuatkan saya berasa seperti dimahukan sebagai sebahagian pasukan ini. Dia melihat saya sesuai dengan pasukannya dan itu yang saya mahu dengar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN