Perak Bison juara baharu Liga Sepak Takraw

Perak Bison juara baharu Liga Sepak Takraw

PEMAIN Perak Bison meraikan kejayaan menumpaskan KPT-Masum Knights sekali gus dinobat sebagai juara Premier Liga Sepaktakraw 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berkongsi 28 mata bersama, Kuala Lumpur (KL) Thunder, Perak Bison dinobat sebagai juara baharu Liga Sepak Takraw  (STL) 2023 hari ini selepas memiliki kelebihan kiraan set kemenangan.

Kejayaan menumpaskan KPT-Masum Knights 19-21, 21-16, 21-14 di Stadium Titiwangsa mengesahkan kejuaraan buat skuad bimbingan Suhairi Abd. Aziz itu.

Biarpun KL Thunder pada awalnya dianggap pilihan juara selepas mempamer aksi konsisten sehingga minggu kelima, namun semuanya mula berubah apabila beberapa pemain pasukan itu dipanggil membawa cabaran skuad kebangsaan dalam Kejohanan Dunia Piala Raja Thai.

Walaupun Perak sendiri kehilangan tiga pemain yang menggalas cabaran Malaysia dalam kejohanan itu, namun pemain yang tinggal berjaya menggalas tanggungjawab mereka dengan baik.

Dalam saingan Challenge Cup esok, selain Perak Bison dan KL Thunder yang menamatkan aksi Liga Premier STL selaku juara serta naib juara, Penang Black Panthers (tempat ketiga) dan PDRM Defenders sebagai juara Divisyen 1 telah melayakkan diri ke pertandingan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya