Malaysia tewaskan Sri Lanka di Piala Billie Jean King 2023

Malaysia langkah kanan tewaskan Sri Lanka di Piala Billie Jean King 2023

Aksi pemain tenis wanita negara, Zenn Lim ketika menewaskan lawan, Vishmi Onethra Serasinghe dari Sri Lanka dengan keputusan 6-2, 6-0 dalam aksi Kumpulab B Piala Billie Jean King Zon Asia/Ocenia 2023 di Pusat Tenis Nasional, Jala Duta, Kuala Lumpur hari ini. (FOTO IHSAN LTAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kendalian S.Selva Rajoo cemerlang melepasi halangan pertama dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Billie Jean King Zon Asia/Ocenia 2023 apabila menumpaskan Sri Lanka dengan keputusan 3-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Tenis Nasional, Kuala Lumpur hari ini, Malaysia menurunkan Zenn Lim pada perlawanan pertama dalam acara perseorangan wanita tidak menghadapi masalah untuk mengatasi lawan, Vishmi Onethra Serasinghe dengan keputusan 6-2, 6-0.

Seterusnya giliran pemain muda negara, Shihomi Leong turun berentap dengan Saiijida Razick.

Aksi barisan pemain tenis wanita negara ketika menentang Sri Lanka untuk aksi pertama Kumpulan B Piala Billie Jean King Zon Asia/Ocenia 2023 yang berlangsung di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. (FOTO: IHSAN LTAM)

Bagaimanapun Shihomi diberikan tentangan sengit sebelum bangkit untuk menyumbangkan mata kedua buat kem negara dengan keputusan 6-4, 2-6, 6-2.

Gandingan Lim Zan Ning-Hannah Yip melengkapkan kemenangan mutlak Malaysia ke atas Sri Lanka selepas menumbangkan cabaran Janali Manamperi-Vishmi 6-3, 6-2.

Malaysia akan menentang Indonesia esok bagi aksi kedua Kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya