Magis Hodak mampu bawa KL City kejutkan JDT

Magis Hodak mampu bawa KL City kejutkan JDT

BOJAN Hodak memberi arahan kepada pemainnya dalam persiapan akhir di Kuala Lumpur semalam. - IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Magis atau sentuhan ‘pembunuh’ pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak sekali lagi ditagih The City Boys untuk mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA esok.

Kepakaran Hodak dalam me­rancang strategi memerangkap lawan, terutama dalam saingan kalah mati tidak boleh dinafikan apabila dia beberapa kali berjaya membawa skuad Warga Kota ke pentas final.

Detik paling manis adalah ketika mengejutkan JDT 2-0 di final Piala Malaysia 2021, sekali gus menamatkan penantian 32 tahun.

Saham jurulatih dari Croatia itu terus meningkat apabila mencipta sejarah membawa KL City ke final Piala AFC buat kali pertama sebelum tewas 0-3 kepada kelab dari Oman, Al Seeb, tahun lalu.

Esok, Hodak sekali lagi meletakkan namanya di pentas akhir untuk saingan Piala FA, biarpun atas kertas tugas berat menanti mereka yang berdepan juara bertahan.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard me­ngakui, kelab itu sangat mengharapkan kebijaksanaan Hodak untuk melakar keputusan luar jangka ketika banyak pihak memilih JDT sebagai calon juara.

PEMAIN Kuala Lumpur bergambar bersama penyokong The City Boys dalam sesi ramah mesra di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras baru-baru ini. – IHSAN KL CITY

“Saya merasakan Bojan mungkin orang paling penting dalam final ini. Pemain yang ada memang mempunyai karakter dan kewibawaan memacu pasukan, namun mereka sangat mengharapkan strategi Bojan.

“Mereka sudah lama bersama dan memahami apa yang cuba dilontarkan Bojan dan ia amat penting kerana pemain akan ­menunggu benda itu.

“Selepas tiga tahun dan tiga final, mungkin ada sedikit ­kesedaran dari kelab lain bahawa KL City ada resepi rahsia termasuk taktikal Bojan,” katanya.

Beraksi di gelanggang keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) esok, Hodak tampak perlu merencana ‘strategi khas’ untuk mengejutkan Harimau Selatan.

Kali terakhir City Boys menjulang Piala FA ialah pada 1999 selepas menewaskan Terengganu menerusi penalti 5-3.

Sementara itu, Stanley tidak meletakkan angka peratusan peluang KL City untuk memenangi Piala FA dan menyifatkan aksi final adalah berbeza dengan perlawanan dalam liga.

“Kami lihat aksi perebutan piala berbeza dengan liga dan saya merasakan KL City satu skuad yang mengenali final dengan 90 peratus pemain sama kekal dalam skuad. Ada sesuatu yang unik dalam bilik persalinan KL City apabila sampai ke final.

“Peluang atau peratusan untuk JDT menang memang besar, itu tak boleh dinafikan. Selepas (final Piala Malaysia) 2021 kami kalah semua perlawanan dengan JDT, mereka kelab besar dan pemain mereka sinonim dengan kancah besar.

“Namun, keunikan final adalah ia pentas yang berbeza. Ia tidak boleh mengikut data atau statistik persembahan kerana final ini boleh melihat satu pasukan cipta kejutan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya